topbella

Wednesday 12 June 2013

Tudung Bawal

Assalamualaikum..
hai semua..:) kali ini saya nak kongsikan dengan anda pasal tudung bawal..saya pasti semua orang tahu yang tudung bawal ni sangat popular dari dulu sampailah sekarang..bak kata pepatah “tak lapuk dek zaman”..x g2??..xkira la kt mne2 pon, bila kita keluar, msih ramai yang pakai tudung bawal sedangkan pelbagai jenis tudung ada  di kedai..lgpon skrg ne tudung bwal ad pelbagai corak malah sesuai digayakan dalam apa-apa event pon..al maklumlah,,smua orng nk b’fesyen..bkn setakat muka n bju je kna lawa..tudung pon mst kena cntk gk kn,,huhuhu~.. 

Tp saya terfikir nape tudung ne dipggil tudung bawal..agak pelikkan?saya tahu mesti anda semua tertanya-tanya macam saya gak kan,,yelaa,,kenapa tak letak nama tudung kembung ke, tudung keli ke, tak pun tudung patin,,betul tak??hehehe...

Mengikut sejarah dari pembekal-pembekal kain tudung bawal di Kelantan, ianya diperbuat dari jenis kain “Voile” yang mana merupakan fabrik nipis dan lembut serta berasal dari kapas, sutera atau rayon. Bila kain tersebut dibawa masuk ke pasaran Kelantan, mereka menyebut nama Voile kepada “Bak Woll satu” yang bermaksud tudung voile satu, sehinggalah tudung tersebut dipanggil tudung bawal untuk memudahkan peniaga dan pembeli. Owh,, barulah kita taw knapa tudung tersebut dipanggil tudung bawal..hi2..
     
    
Tudung bawal pon ada pelbagai jenis antaranya  Bawal Jepun, Bawal Korea dan juga Bawal Siam. Kain Bawal Jepun atau dikenali sebagai tudung bawal asli no 1 adalah yang paling popular kerana ianya berkualiti. Walaupun sudah kerap kali dicuci, tapi tudung ne masih nampak baru dan tidak berbulu dan sebab itulah kain bawal dari jepun ini agak mahal berbanding dengan kain bawal-bawal lain. Manakala bawal korea pula adalah tudung bawal tidak asli dan dipanggil bawal no 2..
                                                            
Sesetengah penggemar tudung bawal yang mementingkan gaya dan kualiti, mereka hanya membeli tudung bawal asli.. tapi kalau saya, semua jenis tudung saya beli tak kira bawal asli ataupun tak..lagi pun tudung bawal asli kan mahal,,saya sebagai pelajar tak perlulah nak pakai tudung yang mahal-mahal dan bergaya untuk gi kuliah..

Tudung bawal ini juga mempunyai pelbagai jenis seperti sulam benang emas, manik hitam berlian di bahagian tepi dan  paling famous sekarang ni sulam dengan manik berlian. Semua fesyen tudung bawal ini sangat cantik dan tak pelikla kalau orang yang bertudung menjadikan tudung bawal sebagai pilihan utama mereka.

0 comments:

Post a Comment

About Me

My Photo
Anis Athira Hasan
Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
View my complete profile